buang karbon enjin

now browsing by tag

 
 

ZERO CARBON DI PERAK RETRO FEST MERIAH…!!! TERKENANG KENANGAN DULU KALA

Retro…Pasti nya berkait rapat dengan Evergreen atau juga boleh dikaitkan dengan klasik. 21 Ogos 2016 yang lepas, Zero Carbon Malaysia berkesempatan sekali lagi bersama-sama rakan-rakan permotoran di Utara Tanah Air. Kali ini event ini lebih unik dan diadakan di Bukit Merah Lake Town Resort.

14040145_1183479045049756_308957126122016062_n

Event yang mengumpulkan seluruh kereta-kereta retro ini. Bukan setakat kereta, motorsikal retro jugak boleh disaksikan disini. Dengan pengurusan GM Management, event ini berjalan dengan lancar dan Zero Carbon Malaysia amat berterima kasih kerana di jemput bersama-sama memeriahkan lagi acara yang diadakan sebagai Penaja Bersama.

13754448_1031697860212606_896958431281616015_n

Diharapkan, acara sebegini diteruskan bagi memastikan kereta atau motosikal lama yang terus diminati dan menjadi satu hobi yang positif di kalangan rakyat Malaysia.