November, 2016

now browsing by month

 

ZERO CARBON AUTOSHOW 2016 – JULUNG-JULUNG KALI..!!!!

14797532_1763456270585551_255364090_n-1

Zero Carbon Malaysia amat sinonim dengan sokongan kuatnya kepada pelbagai jenis industri permotoran sehinggalah aktiviti kemasyarakatan. Disamping fokus utamanya dalam perniagaan, Zero Carbon Malaysia sentiasa berganding bahu bersama-sama rakan-rakan permotoran memastikan permotoran negara sentiasa di platform yang positif disamping memanjangkan tali persahabatan dalam permotoran.

14797532_1763456270585551_255364090_n-1

Buat julung-julung kalinya pada hujung tahun 2016 ini, Zero Carbon Malaysia akan mengadakan Autoshow Zero Carbon 2016 dianjurkan bersama-sama sahabat permotoran Budak Kereta Geng Kita (BKGK). Acara ini akan diadakan di Senawang, Negeri Sembilan pada 3 Disember 2016 bermula jam 9 pagi bertempat di Econsave, Senawang, Negeri Sembilan.

14805567_1763456280585550_996814497_n

Pelbagai aktiviti dan juga pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan termasuklah wang tunai bagi 5 Pemenang bagi setiap kategori.

14805411_1763456230585555_936095396_n

Bagi tahun 2017 pula, jadual Zero Carbon Malaysia sudahpun dipenuhi dengan pelbagai aktiviti permotoran. Jadi teruskan menyokong kami. Melalui kepakaran kami, enjin anda lebih pickup dan jimat minyak semula seperti enjin baru.

Jumpa Kami DISANA..!!!!

TEAM DRIFT ZERO CARBON B.O.S GARAGE – TAHNIAH..!!!

14572142_1085735468142178_1389197485911064649_n

Zero Carbon adalah Produk Pembersih Karbon Enjin No.1 di Malaysia. Dibawa khas oleh RH Evolution Resources dibawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Encik Mohd Hizir Arafat bin Tambun. Dibantu oleh Pengarah Urusan, Muhammad Radzhi bin Abd Rahman.

14572142_1085735468142178_1389197485911064649_n

Zero Carbon Malaysia memacu industri permotoran negara dengan penglibatan dalam pelbagai sukan permotoran seperti Drift, Autoshow dan sentiasa memberikan sokongan kepada rakan-rakan permotoran yang lain.

14483748_1753517628246082_1202517311_n

Baru-baru ini Oktober yang lepas, Team Drift Zero Carbon B.O.S Garage dengan jentera Nissan Silvia dipandu oleh Mohd Ikhwanul Azwan bin Omar, 22 tahun telah merangkul naib johan di Melaka Drift Battle sempena Hari Sukan Negara 2016 dan Pendang Drift Challenge. Apa yang menarik adalah Jentera Drift ini telah disuntik dengan Zero Carbon Produk Pembersih Karbon Enjin No.1 di Malaysia.

14900511_1101033746612350_640522264655624294_n

Ini telah membuktikan bahawa Zero Carbon terbaik dilitar Drift dan ia juga boleh digunakan pada kereta atau motosikal kegunaan harian anda.

Lagi Zero Lagi Hero

oft