May, 2016

now browsing by month

 

ZERO CARBON BERI TAJAAN (WAN B.O.S GARAGE)

ZCDRFIT2

Zero Carbon adalah jenama yang tidak asing lagi dalam menyediakan kepakaran mereka sebagai Produk Pembersih Karbon Enjin No. 1 di Malaysia. Selain menyediakan alternatif Top Overhaul yang murah, cepat dan berkesan, Zero Carbon bukan sahaja memberi fokus pada perniagaan tetapi sentiasa rapat memberi sokongan penuh pada rakan-rakan permotoran di Malaysia.

ZCDRFIT2)

Baru-baru ini, Zero Carbon maju lagi setapak dengan memberi penajaan pada ‘Baling Old School Garage’ dalam arena sukan permotoran drift. Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Hizir Arafat bin Tambun berkata, keputusan beliau memberi penajaan dalam arena sukan drift ini adalah untuk memberi peluang kepada anak muda tempatan mengasah bakat sekaligus meningkatkan taraf industri sukan permotoran negara kita. Beliau menambah lagi, dengan adanya ruang dan peluang yang diberikan, remaja-remaja ini pasti akan mempunyai masa depan berlandaskan visi dan misi yang positif dalam bidang yang mereka minati dan dapat mengelakkan gejala negatif dan masalah sosial.

ZCDRFIT8

Sukan drift adalah satu sukan yang kian popular di Malaysia dan ia berasal dari negara Jepun. Drift bermaksud satu teknik dimana pemandu akan sengaja melakukan ‘oversteer’ tetapi dalam keadaan yang terkawal oleh pemandunya dalam kelajuan yang tinggi di selekoh.  Kini, ia menjadi salah satu sukan profesional dalam permotoran di seluruh dunia. Zero Carbon melihat bahawa sukan ini mempunyai potensi lebih besar dan masih banyak peluang yang boleh ditambahbaik di Malaysia.

Jentera Nissan Silvia 200SX bernadikan enjin SR20 Turbo 250HP diberikan kepercayaan untuk dipandu oleh Mohd Ikhwanul Azwan bin Omar, 22 tahun (gambar:4 dari kanan). Remaja lepasan Diploma Agroteknologi dari Kolej Polytech MARA Kota Bahru ini adalah anak kelahiran Kedah dan telah mula berjinak-jinak dalam arena drift sejak umur beliau 19 tahun.  Beliau kini giat berlatih dan banyak menyertai pertandingan-pertandingan yang banyak dianjurkan dalam negara kita sebagai platform untuk beliau mengasah bakat dan teknik-teknik drift yang baik.

Zero Carbon kini telah digunakan oleh 10,000 pelanggan sejak beroperasi pada November 2014 dan daripada  kepercayaan pada kualiti produk keluaran mereka, Zero Carbon  sentiasa membuka peluang untuk bersama-sama rakan permotoran yang lain meningkatkan taraf sukan permotoran di Malaysia ke arah yang lebih dinamik dan positif supaya ia dapat memanfaatkan masyarakat dan negara tidak kira dari segi ekonomi dan sahsiah kemasyarakatan.  Sebarang Pertanyaan boleh hubungi 0179141261 atau layari laman sesawang www.zerocarbon.my